Be Stylish With XES Sempena Chinese New Year 2015

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Cina, XES Premium mengambil peluang ini untuk meraikan musim perayaan ini dengan rakan blogger dan media. Kali ini pihak XES menjemput rakan blogger dan media untuk bersama-sama dalam majlis ‘Be Stylish With XES’ bertempat di outlet XES Premium, Quill City Mall.  #BeStylishWithXES
Untuk majlis kali ini XES juga berkerjasama dengan pihak penaja bersama iaitu Sense & Style Beauty Academy sebagai penaja make-up dan juga dandanan untuk rakan-rakan media dan blogger yang berminat untuk membuat make-over. 
Kali ni nampaknya ramai rakan media dan blogger mengambil kesempatan untuk mendandan rambut dan juga make-up sempena dengan majlis ini. Lagipun untuk sesi tajaan dari Sense & Style Beauty Academy ini, blogger juga diberikan solekan asas dan nasihat percuma untuk setiap dandanan. Wah!!! Memang beruntung jadi blogger wanita ni, dapat solaken Percuma!!!

bersama JQ Lee dan Nisakay di kaunter bayaran XES Premium

Blogger hebat Nisakay pun teruja dengan XES Premium

Be_Stylish_With_XES Sempena Chinese New Year 2015

XES juga dengan ini melancarkan peraduan mudah di Facebook yang dikenali sebagai ‘Be Stylish With XES‘ yang akan bermula pada 17 Februari 2015 sehingga 17 Mac 2015 nanti, selama sebulan. Sepanjang peraduan Be Stylish With XES ini, rakan blogger dan media berpeluang memenangi hadia yang menarik dari penaja XES Premium dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga voucher tunai.
Syarat Penyertaan ‘Be Stylish With XES’  ialah : 
Step 1 : LIKE Fanpage XES Shoes – http://www.facebook.com/xesshoes
Step 2 : Tag rakan Facebook di dalam gambar tersebut
Step 3 : Minta rakan atau kenalan untuk UNDI gambar tersebut dengan klik LIKE
Peraduan ini akan bermula pada 17 Februari – 17 Mac 2015
Step 4 : Pemenang ‘LIKE’ Paling Banyak akan dihubungi melalui Email dan Telefon oleh pihak XES.
Pemenang akan menerima RM88 Cash, RM1,388 barangan XES dan ada lagi RM1,888 produk bernilai yang akan diberikan sebagai cenderahati kepada 10 pemenang.
So, bagi kawan-kawan MrJocko, apa salahnya kalau klik LIKE pada gambar MrJocko tersebut🙂
Be_Stylish_With_XES Sempena Chinese New Year 2015

Be_Stylish_With_XES Sempena Chinese New Year 2015
Terima kasih kepada pihak penaja XES Premium atas tajaan barangan seperti kasut dan beg tangan yang berkualiti dan rekaan yang cantik kepada blogger dan media, Sense & Style Beauty Academy atas solekan dan dandanan yang cantik untuk sesi photoshoot serta tak lupa kepada Fitness First Malaysia atas hadiah Angpow menarik (Complimentary 8-Days Trial Pass)
Nampaknya dapat la MrJocko tambah koleksi kasut dan juga beg tangan cantik untuk wife MrJocko hadiah dari XES Premium sempena dengan Chinese New Year 2015.
Jangan lupa, undi ‘Be Stylish With XES’ di Facebook XES Shoes :)  #BeStylishWithXES

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s