Gambar-Gambar Sekitar Bandar Melbourne Australia

Bandar Melbourne adalah bandar kedua terbesar di Australia dan bandar paling utama di Victoria. Bandar Melbourne mula di buka pada tahun 1835 dan sehingga hari ini ia mempunyai keluasan sehingga 9,990 km persegi. Bandar ini terkenal dengan beberapa lokasi seperti bangunan Eureka Tower, National Gallery of Victoria, Melbourne Zoo, Stadium Tenis Rob Lover, Etihad Stadium dan banyak lagi.
Secara peribadi, jika anda sampai di Melbourne, anda perlukan sekitar 3 hari untuk anda pusing-pusing sekitar bandar Melbourne ini dan percaya lah, anda tidak akan rasa jemu dengan pemandangan dan bangunan di sekeliling bandar ini.
Paling menarik, jika anda ingin kembara sekitar bandar, anda boleh menaiki Tram di dalam bandar dengan PERCUMA, tanpa bayaran mengikut destinasi dan kawasan yang dikhaskan.

melbourne_town_2015

melbourne_town_2015

Selama 3 hari MrJocko di kota Melbourne, MrJocko sempat jalan kaki dan menaiki Tram sekitar bandar dan ia memang satu pengalaman yang sangat menarik dan berbeza dari bandar lain di Australia. Dengan merancang perjalanan pendek menaiki Tram, anda boleh keliling hampir 1/4 bandar Melbourne dengan mudah dan sangat menjimatkan.
Antara lokasi jalan yang terkenal di Melbourne ialah Elizabeth Street, Bourke Street dan juga Victoria Street. Selalunya anda akan lihat ramai berkumpul di sekitar Elizabeth Street pada waktu hujung minggu untuk membuat persembahan dan menyaksikan persembahan. Di sini ada pelbagai ‘show’ termasuk ‘parade’, buskers, silap mata, tarian dan banyak lagi.
Jadi secara mudah, jika anda hanya sempat singgah beberapa hari di Melbourne, tidak perlu pergi jauh, cuma perlu jalan kaki sekitar bandar Melbourne dan anda akan jumpa pelbagai yang menarik sekitar bandar. 
Jangan risau untuk Muslim, ada banyak restoran menu makanan halal dan juga Muslim Friendly Restaurant di Melbourne yang anda boleh cari di Internet. 

3 komen pada “Gambar-Gambar Sekitar Bandar Melbourne Australia”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s