Dutch Lady Smart Steps Workshop Penuh Info Bermanafaat

Hujung bulan Januari, selepas pulang dari Media FAM Trip Melbourne, MrJocko, Wife dan anak-anak turut serta dalam majlis ‘Dutch Lady Smart Steps Workshop’ yang berlangsung di Connexion Nexus, Bangsar. Bengkel yang penuh infoemasi tentang perkembangan anak-anak anjuran Dutch Lady ini berlangsung pada Sabtu, 24 Januari 2015.
MrJocko pernah kongsi tentang info awal Dutch Lady Smart Steps Workshop ini dalam entry terdahulu Kebaikkan Nutrisi Dalam Perkembangan Bijak Si Manja.



Kami sekeluarga datang awal dan daftar sekitar jam 9.30 pagi untuk Dutch Lady Smart Steps Workshop. Kali ini, MrJocko bawa kesemua anak-anak MrJocko. Khalish, Hasya dan juga Baby Kayla. Bengkel ini memang penting untuk MrJocko dan wife sebagai ibu bapa untuk memahami peringkat perkembangan anak-anak untuk memudahkan kami mendidik anak-anak.
Bengkel kali ini dihadiri hampir 200 orang peserta termasuk anak-anak dan ia memang bengkel pertama yang pernah MrJocko dan keluarga hadiri seumpamanya. Ia satu pengalaman baru dan ia sangat-sangat berinformasi.

Dutch_Lady_Smart_Steps_Workshop_Bangsar

Dutch_Lady_Smart_Steps_Workshop_Bangsar
Dutch_Lady_Smart_Steps_Workshop_Bangsar

Bengkel Dutch Lady Smart Steps Workshop ini dihadiri oleh panel-panel hebat seperti pakar Dr Alvin Ng, Pakar dari Fakulti Sains Psikologi & Teknologi),  Dr Yong Junina Fadzil (Perunding Pediatrik) dan Professor Poh Bee Koon (Ketua Program Sains Nutrisi UKM). Mereka semua ini memang pakar dalam bidang masing-masing dan punyai pengalaman yang lama dalam membincangkan isu-isu perkembangan anak-anak.
Sepanjang hampir 3 jam bengkel ini berlangsung, banyak yang MrJocko belajar dari pengkongsian maklumat Dutch Lady Smart Steps Workshop. Antara yang masih MrJocko ingat ialah hubungan antara nutrisi yang cukup dengan perkembangan otak anak-anak kecil. Ini bermaksud dengan menyediakan nutrisi yang lengkap, ia memberi perkembangan pemahaman yang baik untuk anak-anak.
Begitu juga kepentingan pemakanan yang disesuaikan dengan anak anda untuk pencapaian tahap pintar yang berbeza. Di samping itu, pentingnya peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak dorongan perkembangan anak-anak supaya menjadi lebih baik dalam perkembangan mereka.
Semasa bengkel ini, anak-anak di ajar cara untuk speed smart training. Sebagai contoh, Hasya diajar untuk menulis apa yang dilihat dalam masa beberapa saat. Kemudian ia di ulang beberapa kali dan kini kepantasan Hasya semakin baik dan bagus. 
Dalam teknik yang lain, si Hasya di ajar bagaimana untuk menentukan warna tertentu dengan lebih cepat dalam masa yang singkat. Ternyata dengan teknik yang betul, hanya beberapa kali, Hasya banyak ‘improve’ dalam speed smart training ini. Memang menakjubkan.

Dari pemerhatian MrJocko sendiri, cara sebegii mengajar anak-anak untuk sentiasa membuat latihan dan membuat ‘congakan’ yang lebih cepat dengan lebih yakin. Sebab, bila kali pertama, mereka tidak biasa dengan sesuatu benda, tetapi semakin cepat faham bila beberapa kali buat benda yang sama.
Nampaknya, ini step dan teknik yang bagus MrJocko boleh apply untuk latihan membaca, menulis dan juga mengira dalam pelajaran mereka seharian. Betul kata orang, ‘Practice Make Perfect’.

Dutch_Lady_Smart_Steps_Workshop_Bangsar

Mia_sara_Dutch_Lady_Smart_Steps_Workshop_Bangsar
Bengkel Dutch Lady Smart Steps Workshop ini diakhiri dengan sesi bergambar dan suai kenal dengan pelakon cilik terkenal Malaysia iaitu adik Mia Sara. Adik Mia Sara ni memang boleh jadi ikon kanak-kanak kerana kepetahan dan kecerdikkan dia dalam bidang yang diceburi. Jangan kata anak-anak MrJocko, Khalish dan Hasya, orang dewasa pun suka dengan adik Mia Sara ini.
Untuk Dutch Lady Smart Steps Workshop ini MrJocko boleh beri rating 5 Star kerana konsep perkongsian maklumat seperti ini memang banyak membantu ibubapa dalam mengenali potensi dan kelemahan anak-anak mereka. Dengan ada bengkel seperti anjuran Dutch Lady ni, ia akan memberi lebih info kepada kami, ibu bapa yang sentiasa mencari yang terbaik untuk anak-anak kami.
Kalau ada lagi bengkel Dutch Lady Smart Steps Workshop, InsyaAllah akan MrJocko hadiri lagi.

Dutch_Lady_Smart_Steps_Workshop_Bangsar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s