Samsung Umum Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge Serta Ciri-Ciri Utama

Samsung Electronics Co. Ltd telah mengumumkan produk baru telefon pintar yang diberi nama Samsung GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge. Dengan pelancaran telefon pintar ini, ia akan meletakkan satu standard baru bagi reka bentuk, ketukangan reka bentuk unggul serta prestasi Galaxy S6 Galaxy dan Galaxy S6 Edge. Dengan produk telefon pintar Samsung ini, ia meletakkan Samsung sebagai pengeluar teknologi telefon pintar yang paling maju untuk menawarkan pengguna satu pengalaman mudah alih yang tidak dapat ditandingi.
Bersama-sama dengan pengumuman Samsung GALAXY S6 dan GALAXY S6  Edge, Samsung juga telah membuat beberapa pengumuman menarik sepanjang pengumuman GALAXY Unpacked 2015 yang berlangsung di Barcelona, ​​Sepanyol.
Antara ciri-ciri yang menarik tentang Samsung GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge : 
1. Diperbuat dari kualiti logam dan kaca, Samsung GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge.
2. Mengembangkan fungsi penggunaan Realiti Maya Samsung Mobile dengan Gear VR Innovator Edition untuk GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge
3. Samsung mengumumkan Samsung Pay, satu perkhidmatan Pembayaran Bergerak yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi.
4. Pengalaman Mengecas secara Wireless dengan Samsung dan IKEA
Jom lihat Samsung GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge dan gambar pengumuman GALAXY UNPACKED 2015 yang berlangsung di Barcelona 1 Mac 2015.

Samsung Galaxy S6 – Gambar

Samsung Galaxy S6 Edge

9 komen pada “Samsung Umum Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge Serta Ciri-Ciri Utama”

  1. Boleh tahan. Dgr cerita nak launch 10 April ni. Sbb aku pernah guna S5, so mmg teringin nak tahu pasal S6 ni. Kot lah dia buat promotion ke. Bg aku, S6 can outperform Iphone 6. Just my 2 cents.

  2. aq rasa s6 skrg memang dah UP perfomasi kecantikkan. design nye memang dah cantik dah, nipis🙂 kalau tak nak widget ganggu notification blh letak kat tepi screen. kan senang idup.

  3. macam takleh nak lawan je iphone6.. sbb concept design pon mcm sama.. lgpon s6 edge ni mcm takde inovasi baru.. sama je ngan note edge.. edge tu mcm takde function sgt..

  4. korang tgk blk mcm mana samsung naik. lps ada smartphone, laju gila. invention ni tak blh sekali gus. kena skit2. bg fans tak sabar. so korang kena sabar. bg aku edge tu, sgt nice. mana da screen mcm tu lg kat phone lain. superb kot.

  5. HAHA takleh lawan iphone6? ko blh swipe kat edge fon tu utk info2 sbb skrg dah sensitif utk touch.. processor s6 skrg dah hampir sekuat desktop, 14nm je, tapi qualiti yg chun gilew, blh tgk HD movie dgn main HD games, sume tanpa takut bateri kong atau panas..

  6. aku penah guna la note edge.. cuak kot.. asyik runsing je takot jatuh,. curved part tu yg licin tu.. baek tak yah ambik port la psl edge tu.. huhu

    yeye je ada pre booking.. sblm ni mana penah buat pre booking.. mmg tak la kalau nak ada..

  7. tp edgu tu easy access kot. sgt practical. kau blh letak apps penting w/out even go to menu button dah afterwards. so mmg useful. tp kalau ada prebook, ramai tak yg nak book?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s