Al Fatihah Cikgu Limau Kasturi : Harun Salim Bachik

Semalam satu Malaysia dikejutkan dengan pemergian Arwah Harun Salim Bachik atau nama betulnya Haron Aminur Rashid Bin Salim ketika berumur 55 tahun. Beliau dikatakan rebah dan meninggal dunia ketika berhenti rehat di R&R berdekatan dengan Bukit Merah, Lebuhraya PLUS.
Mungkin ramai yang setuju, antara drama lakonan Harun Salim Bachik yang paling berkesan adalah sebuah drama di RTM yang bertajuk Cikgu Limau Kasturi, sekitar tahun 1993. Drama ini memang secara peribadi membuka mata ramai masyarakat Kelantan khususnya betapa pentingnya pelajaran, tambah-tambah lagi penguasaan dalam bahasa Inggeris.
Cikgu_Limau_Kasturi_harun

Cikgu_Limau_Kasturi_harun_salim_bachik
Sedikit Sinopsis Drama Cikgu Limau Kasturi
Filem Cikgu Limau Kasturi mengisahkan tentang seorang guru baru Bahasa Inggeris, iaitu Cikgu Halim, lakonan hebat Harun Salim Bachik, yang ditakdirkan untuk mengajar di sebuah sekolah yang terletak jauh di pedalaman Kelantan, iaitu di Kampung Limau Kasturi. Kawasan penempatan tersebut tidak mempunyai bekalan air dan elektrik serta hanya dapat dihubungkan dengan satu stesen kereta api yang sudah usang. Pada mulanya, Cikgu Halim amat susah hati dan keberatan untuk pergi mengajar di sekolah tersebut, namun setelah ibunya memberi dorongan dan semangat, beliau akur dengan takdir yang dihadapinyaitu. 
Ketika di kampung tersebut, beliau telah banyak dibantu oleh Pak Hassan, salah seorang penduduk di kampung tersebut. Cikgu Halim cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung tersebut walaupun suasananya jauh berbeza dengan bandar. Di kampung, beliau telah mempelajari dan melihat nilai-nilai kemasyarakatan yang tidak dapat dirasai ketika di bandar. 
Pada hari pertama mengajar, terdapat seorang murid bertindak nakal dengan membaling gumpalan kertas pada Cikgu Halim.Tetapi, beliau tidak memarahi murid nakal tersebut, sebaliknya beliau memberi nasihat sehingga menyebabkan budak tersebut menyesal dengan tindakannya. Pada suatu hari ketika Cikgu Halim sedang mengajar di dalam kelas, beliau perasaan akan kehadiran seorang budak perempuan yang sembunyi-sembunyi cuba menjawab pertanyaan Cikgu Halim terhadap murid-murid di dalam kelas. Budak itu bernama Rohani dan merupakan anak kepada Lebai Lazin. Budak itu mempunyai keinginan yang mendalam untuk bersekolah, namun tidak dibenarkan oleh bapanya yang berfahaman kolot mengenai pendidikan. 
Lebai Lazin telah pergi berjumpa dan memarahi Cikgu Halim kerana mempengaruhi Rohani untuk belajar. Tetapi, Lebai Lazin mula sedar akan kepentingan pendidikan pada Rohani, dan dia meminta Cikgu Halim untuk memasukkan Rohani kesekolah. Sepanjang Cikgu Halim mengajar di sekolah tersebut, telah banyak berlaku perubahan terhadap sikap murid-murid disitu dan murid-murid juga semakin rapat dan meminati beliau. 
Ketika, beliau semakin dapat menyesuaikan diri di kampung itu, beliautelah menerima surat daripada kementerian mengenai permohonannya untuk bertukar
MrJocko sendiri memang mengakui, ia memang satu lakonan hebat Arwah Harun Salim Bachik. Kerana waktu itu ia memang menjadi ‘viral’ diantara kami orang Kelantan dan memang menjadi drama pilihan ramai. Sudah pasti pemergian arwah Harun Salim Bachik satu kehilangan besar bagi peminat rancangan komedi tambah-tambah lagi peminat Boboi. 
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas arwah dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, Amiinnnn…
Harun-Salim-Bachik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s