Pakej Murah Lexis PD Dan Grand Lexis PD : MATTA FAIR 2015

Sempena dengan MATTA FAIR 2015 selama 3 hari, bermula 13 Mac – 15 Mac 2015, antara yang menarik perhatian MrJocko adalah pakej murah di Lexis PD dan Grand Lexis PD. Pakej penginapan murah di Lexis PD dan Grand Lexis PD ini bermula dari harga RM280 sehingga RM690 bagi setiap pakej pilihan bilik.
Untuk pengetahuan anda, pakej biasa di Lexis PD dan Grand Lexis PD biasanya bermula dari RM812 bagi pilihan bilik Premium Tower Sea View dan sehingga RM3,248 bagi pilihan pakej Grand Pool Villa. 

pakej_murah_lexis_pd_promo

pakej_murah_lexis_pd_promo

MrJocko sendiri belum pernah menginap di resort Lexis PD dan Grand Lexis PD ini tetapi selalu mendengar feedback yang menarik dan berbaloi dari rakan-rakan yang pernah menginap di sini samada untuk aktiviti bercuti bersama keluarga atau menyertai teambuailding syarikat mereka. Sebab itu, memang teringin untuk mencuba pakej murah di Lexis PD dan Grand Lexis PD ini sementara masih ada peluang.
Antara yang menjadi keunikkan di resort Lexis PD dan Grand Lexis PD adalah dekorasi biliknya yang berada di atas air laut dan rekaan dalamannya yang menarik. Di tambah pula dengan keadaan lokasi yang menarik, agak mewah tetapi mengekalkan beberapa ciri semula jadi di kawasan resort Lexis PD dan Grand Lexis PD ini.
Tidak hanya mempunyai kolam mandi, pantai dan laut, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti outdoor lain seperti Air Hockey, berbasikal, Segway Ride, memanah, memancing, bolasepak pantai, playground untuk kanak-kanak dan banyak lagi.
Jadi kalau nak dapatkan pakej murah di Lexis PD atau Grand Lexis PD, jangan lupa sentiasa dapatkan maklumat terkini tentang promosi dan tawaran pakej murah di sini dengan melawat laman Web Rasmi Lexis PD atau Fanpage Facebook Lexis PD.
Selamat melancong ke Lexis PD dan Grand Lexis PD.

3 komen pada “Pakej Murah Lexis PD Dan Grand Lexis PD : MATTA FAIR 2015”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s