Lamanoc Island : Lokasi Yang Misteri Di Bohol, Philippines

Bohol, Philippines masih lagi punyai banyak lokasi yang menarik bagi peminat alam sekitar dan juga pengembara. Anda mesti ke Lamanoc Island di Bohol, terletak kira-kira 105 km dari pekan Tagbilaran City, Bohol. Lamanoc Island antara pilihan ramai pelancong yang mahukan tarikan baru yang misteri dan ia ada tarikan tersendiri tinggalan sejarah lama.
Ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di Lamanoc Island termasuk berkayak secara tradisional, mandi-manda atau menyusuri hutan paya bakau ‘Mangroves Bakhaw’ di sekitar Lamanoc Island. Pakej ini banyak ditawarkan kepada pelancong dan anda boleh dapatkan di bandar Tagbilaran atau di Lamanoc Island sendiri.

trip_to_Lamanoc_Island_Bohol
Apabila anda melangkah ke dalam Lamanoc Island, anda akan melihat banyak tumbuh-tumbuhan yang subur dan tebing-tebing batu kapur yang tinggi seakan mengalu-alukan kedatangan anda. Tetapi di dalam Lamanoc Island ini juga, menyembunyikan banyak sejarah dan misteri lama, tapak perkuburan dan kesan tinggalan bijih besi sejak era pra-Sepanyol ketika di Filipina.
Ada banyak gua-gua di sini dijadikan kawasan perkuburan di sini dan ia memang banyak meninggalkan misteri untuk Lamanoc Island, Bohol. Sekali lihat, kadang-kadang boleh seram tetapi secara peribadi di sini memang banyak lagi tarikan terutama pemandangan sekitar, pembentukan batu kapur dan lokasi pantai dan laut yang masih cantik.

Bagaimana untuk ke Lamanoc Island, Bohol?
Anda Town (Bandar Anda) terletaknya Lamanoc Island adalah kira-kira 100 kilometer dari Tagbilaran. Ia akan mengambil kira-kira 1 jam setengah atau dua jam untuk sampai ke sana dari Tagbilaran City. 
Ada beberapa buah bas dan van menyediakan khidmat ke sana. Tetapi, jika anda mahu menyewa teksi atau kereta, ia mungkin lebih baik untuk keselesaan anda. 
Dari Anda Town (Poblacion), ia terletak kira-kira lima kilometer ke pintu Pulau Lamanoc, dan anda boleh menyertai Mystic Tour yang ditawarkan di Lamanoc Island. Kos untuk lawatan ialah PHP300 bagi setiap orang.
Ada banyak lagi sejarah tentang Lamanoc Island yang masih lagi misteri dan boleh anda terokai. Memang bagi peminat cerita sejarah atau yang lebih sukakan Mystic Tour, anda boleh luangkan masa beberapa hari di Anda Town dan juga Lamanoc Island untuk dapatkan cerita terperinci tentang kisah-kisah misteri di Lamanoc Island, Bohol, Philippines.
bagi yang jenis takutkan cerita seram, anda terkecuali. Hehehe….

2 komen pada “Lamanoc Island : Lokasi Yang Misteri Di Bohol, Philippines”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s