Teroka Prachuap Khiri Khan : Unseen Thailand Day 1

Hari pertama dalam sesi Media FAM Trip Terokai Prachuap Khiri Khan bermula dengan penerbangan dari KLIA menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok. Kali ini MrJocko terbang bersama Thai Airways, penerbangan rasmi rakyat Thailand.
 
MrJocko sampai sekitar 2.30pm waktu Thailand dan kami terus menuju ke Hua Hin, salah satu lokasi percutian pantai yang semakin pesat sejak 10 tahun yang lepas dengan menaiki Van.
 
 
Trip to Hua Hin
Trip to Hua Hin
Trip to Hua Hin
Trip to Hua Hin
 

Untuk sesi kali ini, Media FAM Trip Terokai Prachuap Khiri Khan, kami datang bertiga sahaja termasuk Ms Apple, wakil Tourism Authority of Thailand dan En Farish, Editor Majalah Horizon. Ini pertama kali MrJocko berkerjasama dengan mereka, ternyata keduanya memang jenis happy-happy dan sporting.

Perjalanan dari Bangkok menuju ke Hua Hin sebenarnya memakan masa sekitar 3 jam dengan keadaan trafik yang normal. Perjalanan sejauh 250 km ini akan melalui lebuhraya utama (Highway 4) yang sebenarnya menghubungkan lebuhraya Thailand sehingga ke Malaysia.

Tepat jam 6.00pm, kami tiba di Amari Hotel Hua Hin dan kemudian menuju ke lokasi untuk makan malam. Sudah pasti menu utama ialah Seafood.

 
 
Trip to Hua Hin
Trip to Hua Hin
Trip to Hua Hin
Trip to Hua Hin Night Market

 

 

Hari pertama MrJocko untuk Media FAM Trip Terokai Prachuap Khiri Khan, kami singgah di Hua Hin Night Market. Sebenarnya ada banyak sangat night market di Hua Hin, tetapi yang paling terkenal ialah di Cicada Night Market.

 

Banyak yang menarik di Hua Hin Night Market dan banyak yang boleh MrJocko kongsi tentang tempat ini untuk entry yang akan datang.

 

Jam 11.00pm kami kembali ke Amari Hotel Hua Hin dan hari kedua ada banyak yang menanti kami.

 

2 komen pada “Teroka Prachuap Khiri Khan : Unseen Thailand Day 1”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s