Hotel Amari Hua Hin : Inapan Mewah Alunan Irama Bayu Pantai

Pertama kali mendengar nama Prachuap Khiri Khan, MrJocko memang geleng kepala. Tak pernah dengar. Rupanya ia adalah salah satu wilayah di tengah-tengah negara Thailand, dibawah Bangkok jika mengikut peta biasa. Untuk ke Prachuap Khiri Khan, anda memerlukan pemanduan selama 3 jam untuk memasuki wilayah ini dan selama 5 jam dari Bangkok untuk sampai ke bandar utama Khiri Khan di Prachuap, Thailand.
Hari pertama di Prachuap Khiri Khan, MrJocko menginap di hotel terkenal di Hua Hin, pusat percutian pantai dan laut yang paling terkenal di sini. Ia mengambil masa 3 jam perjalanan menaiki kereta atau van dan selama 5 jam untuk perjalanan menaiki bas, jika bertolak dari Bangkok.
Rezeki MrJocko kali ini menginap di hotel bertaraf 4 bintang iaitu hotel Amari Hua Hin, tetapi ia antara salah satu hotel mewah di Hua Hin Thailand dan mendapat pengiktirafan Certified of Excellence oleh Tripadvisor pada tahun 2014.
Penginapan
Amari Hua Hin mempunyai 223 bilik yang moden yang mana terdiri dari 207 bilik deluxe dan 16 daripada bilik-bilik mewah ini adalah bilik suite yang luas. Bilik-bilik di Amari Hua Hin dilengkapi dengan gaya mewah dan menawarkan tetamu ruang tamu yang luas dengan rekaan moden terkini.

amari hua hin thailand

amari hua hin thailand

amari hua hin thailand

Informasi Ringkas Amari Hua Hin
Keselesaan canggih dan perkhidmatan eksklusif menanti anda di Amari Hua Hin. Terletak sangat dekat dengan teluk terkenal di pantai timur Thailand, resort ini menawarkan penginapan yang terbaik dalam suasana taman yang indah.
Anda memerlukan sekitar 3 jam pemanduan dari Bangkok, pantai Hua Hin telah lama menjadi tarikan utama untuk percutian pelancong asing dan warga Thai.
Sama ada anda mencari percutian hujung minggu, percutian romantis, merancang perkahwinan, atau mesyuarat perniagaan, Amari Hua Hin menyediakan khidmat sempurna untuk kemudahan anda, gaya dan keselesaan untuk penginapan anda di sebuah bandar tepi pantai yang menarik.
Harga bilik di Amari Hua Hin bermula dari sekitar Baht 2,300 untuk bilik Deluxe dan semestinya lebih mahal untuk nilai bilik suite. Pun begitu, anda pasti akan puas hati dengan khidmat Amari Hua Hin dengan kolam mandi yang cantik, bilik gym, ruang permainan kanak-kanak, cafe untuk bersantai, restoran untuk sarapan, lunch dan makan malam, bar, servis shuttle percuma ke bandar Huan Hin dan pasar malam sekitarnya dan banyak lagi kemudahan lain termasuk akses internet WiFi PERCUMA bagi tetamu hotel.
Jika anda ingin mencari kelainan dan pengalaman bercuti di resort & spa yang terbaik di Hua Hin, MrJocko amat mengesyorkan anda menginap di Amari Hua Hin kerana dengan nilai sekitar RM250 semalam, ia memang tawaran penginapan yang terbaik di Hua Hin.
Paling best bila menginap di Hua Hin bila anda cuma perlu jalan kaki untuk ke Pasar Malam Cicada di Hua Hin serta lokasi Private Beach hanya untuk tetamu Hua Hin. Its awesome…
amari_hua_hin_beach_01

amari_hua_hin_beach_01

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s