Canon Meraikan Jenama No 1 Selama 12 Tahun Berturut-turut

Canon hari ini mengumumkan bahawa camera boleh tukar kanta (lens) mereka atau dikenali sebagai kamera DSLR (SLR digital dan padat-sistem kamera) telah mengekalkan jenama jualan dan populariti mereka sebagai No. 1 di seluruh dunia. Ia dikira dari segi jumlah dalam pasaran kamera digital untuk tempoh 12 tahun sejak 2003 hingga 2014. 
Canon membangunkan komponen utama, iaitu penderia imej CMOS, pemproses imej dan kanta ditukar ganti yang berkualiti dan memenuhi permintaan ramai peminat kamera samada dari pengguna amatur sehingga kepada pengguna professional photographer.

camera_canon_eos

camera_canon_eos

MrJocko sendiri telah lama menggunakan kamera DSLR Canon EOS 350D sejak dari tahun 2006. Selepas itu MrJocko mula mengenali model lain seperti EOS 400D, EOS 450D dan kemudian beralih kepada model 30D, 40D dan 50D. Namun, sehingga kini, belum berpeluang untuk memilikki model Canon EOS 7D Mark II yang kini menjadi ramai sebutan peminat fotografi.
Secara peribadi, kamera jenis DSLR jenama Canon ini lebih mudah digunakan jika anda seorang peminat kamera yang baru nak belajar. Tidak banyak skill yang terlalu teknikal perlu anda guna kerana ia mempunyai banyak butang yang sudah di preset dalam mode Auto, Landscape, Sports, Macro dan lain-lain lagi.
camera_canon_eos
Sebagai travel blogger, MrJocko memang sukakan jenama Canon untuk travel. Antara kelebihan lain, ada banyak pilihan range kanta (lens) yang anda boleh pilih dari lens wide, macro, potrait dan juga zoom lens yang bernilai dari RM250 sehingga menjangkau RM30,000 setiap satu.
Jadi, jika anda ingin berjinak-jinak dengan kamera DSLR, MrJocko syorkan anda mencuba produk kamera jenama Canon untuk kepuasan maksima anda dalam fotografi.
Tahniah Canon untuk 12 tahun yang cemerlang.

2 komen pada “Canon Meraikan Jenama No 1 Selama 12 Tahun Berturut-turut”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s