Sempadan Singkhon Pass Di Prachuap Khiri Khan

Satu lokasi yang jarang pengembara singgah kalau ke Prachuap Khiri Khan adalah pasar tani di tepi sempadan antara negara Thaialnd dan Myanmar (Burma). Lokasi ini dikenali sebagai Prachuap Khiri Khan Singkhon dan ia merupakan pintu masuk utama rakyat Myanmar ke Thailand dari wilayah ini untuk mencari peluang pekerjaan dan aktiviti perniagaan di sekitarnya.
Jika anda tinggal beberapa hari di Prachuap Khiri Khan dan cuaca yang baik, ambil peluang untuk ke Singkhon Pass ini. Pengalaman anda di sini, boleh menjadi perjalanan yang menarik untuk ke sempadan ke Myanmar.
Singkhon Pass Border ini dibuka sejak 8 Mei 2013, merupakan lintasan sempadan antara Thaialnd dan Myanmar dan pejabat imigresen kedua-dua negara telah dibina. Melalui pintu ini, rakyat Thailand dan Myanmar diberikan PASS sementara untuk mereka menyeberangi kedua-dua negara untuk urusan tertentu tanpa menggunakan Passport.
Tanpa menyeberangi sempadan Sigkhon Pass ini, anda sebenarnya mempunyai peluang untuk melihat pemandangan indah pergunungan Tenasserim di Myanmar. Namun, jika ada kesempatan, anda boleh ke Myanmar tetapi dikiri-kanan anda cuma ada hutan dan trek laluan pejalan kaki.

Singkhon-Border-Thailand-Burma

Perabot Kayu Yang Murah
Projek pembesaran dan pembinaan sempadan di Singkhon Pass ini adalah projek dari pihak Thailand dan semakin mengalami banyak perubahan kerana pihak Thailand sendiri berminat untuk memajukan kawasan sempadan ini termasuk dengan pembinaan pasar tani, ruang kedai untuk berniaga dan aktiviti perniagaan yang lain.
Di sempadan ini, setiap hari ada pelbagai jualan termasuk pakaian, pokok bunga hutan, herba, makanan dan yang paling terkenal ialah Perabot Kayu yang berkualiti tinggi dari Myanmar dengan harga yang sangat murah. 
Sangat ketara apabila anda melihat budaya masyarakat Thaialnd dan Myanmar lebih-lebih lagi dari sosio-ekonomi mereka. Untuk info, rakyat Myanmar lebih miskin berbanding rakyat Thailand dan mereka kebanyakkannya berkerja sebagai petani dan bertukang di negara Thailand untuk menyara hidup.
Satu pengalaman yang tak mungkin MrJocko lupakan kerana di sempadan Singkhon ini, ia satu pengalaman baru yang sangat berbeza dari lokasi pelancong lain, tidak seperti di Sempadan Golok, Sempadan Serikin dan juga sempadan Padang Besar di Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s