Fast & Furious 7 : Filem Terakhir Paul Walker

Fast & Furious 7 menjadi filem pertama yang MrJocko tonton di pawagam tahun ini setelah lama tak berkunjung ke mana-mana pawagam. Ini semua gara-gara kehebatan dan review filem Fast & Furious 7 yang dikatakan sangat berbaloi untuk ditonton.
Sejak filem pertama The Fast And The Furious, filem jenis aksi dan kereta ini semakin mendapat tempat di seluruh dunia sehinggakan ia melonjak nama Vin Diesel dan juga Paul Walker.  Bermula dengan filem pertama tahun 2001, filem ini menjadi kegilaan ramai anak muda lebih-lebih lagi peminat kereta.
Kalau dulu, di awal kemunculan filem ini, kita dapat saksikan koleksi kereta-kereta hebat yang di’modified’, kereta ‘super car’, antique car dan pelbagai model kereta lain yang kemudiannya menjadi minat ramai peminat kereta.
fast-&-furious-7-review-filem
fast-&-furious-7-review-filem
fast-&-furious-7-review
Untuk filem ketujuh ini, Fast & Furious 7, ia mengisahkan abang kepada Owen Shaw, iaitu Deckard Shaw lakonan Jason Statham (penjahat dalam filem Furious 6, sebelum ini) menuntut bela di atas adiknya. Deckard adalah salah seorang askar upahan British yang terlatih, kini memburu kumpulan Dominic dan rakan-rakannya. Dalam filem ini, anda boleh saksikan ada syncronize aksi Han yang meninggal akibat kemalangan di Tokyo semasa filem Tokyo Drift (Fast & Furious 3).
Secara peribadi, seawal cerita lagi, ia memang satu susunan yang sangat menarik dan penuh aksi. Dari aksi pertama awal kemunculan Jason Statham, aksi kejar mengejar kereta di kawasan pergunungan di tambah dengan aksi ‘super car’ yanb terbang melepasi 3 bangunan di Abu Dhabi, ia memang satu filem yang berbaloi untuk ditontoni.
Ternyata, filem ini, Fast & Furious 7 adalah filem yang memang hebat.
Namun, rasanya, identity asal filem ini sudah jauh berbeza dari filem The Fast And The Furious dan juga 2 Fast 2 Furious. Ini kerana, ketika awal filem ini menemui peminat kita dapat lihat banyak kereta yang diubahsuai, street racing, illegal racing, kereta yang bercorak-corak dan pelbagai lagi kereta custom, tetapi bila menonton Fast & Furious 7, tiada lagi aksi seperti ini melainkan kereta standard super car.

 

fast-&-furious-7-review
Kereta Wira Api MrJocko tahun 2003
Overall cerita Fast & Furious 7 ini memang sangat-sangat hebat dan ia adalah salah satu filem wajib tonton bagi peminat filem. Dari aksi lagak ngeri, aksi lumba kereta serta kemunculan Tony Jaa sebagai penjahat dalam filem ini antara elemen tambahan yang menarik minat lagi sesiapa untuk menonton.
Namun, walaupun filem ini adalah filem aksi hebat, di akhir penutup filem Fast & Furious 7 ini anda akan tersentuh apabila pengarah filem ini berjaya memberikan satu suasana sedih dan scene ini adalah scene tribute untuk Paul Walker yang telah meninggal akibat kemalangan jalan raya sebelum sempat menghabiskan filem ini.
Ia satu penghormatan umtuk Paul Walker dan ia satu yang membuatkan ramai penonton tersentuh. Persoalannya sekarang, adakah akan ada filem Fast & Furious 8 selepas kematian Paul Walker? Kalau ada, siapa penggantinya? Adakah ianya Jack, anak sulung Brian O’ Conner?
Anda mesti tonton Fast & Furious 7

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s